Monday, September 2, 2019

ISI KANDUNGAN

  1. APA ITU KEMERDEKAAN?
  2. RANCANGAN MALAYAN UINON
  3. TUJUAN PENUBUHAN UMNO
  4. RANCANGAN BRIGGS
  5. PILIHAN RAYA YANG PERTAMA
  6. PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
  7. USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN
  8. PENGUBALAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957



Apa itu KEMERDEKAAN?

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.


                                               

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera.
SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA



TANGGAL 31 Ogos adalah tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.


Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.

Pengenalan (Kronologi Kearah Kemerdekaan) bermula dari tahun 1945
1945 Britain kembali memerintah Malaya selepas pendudukan Jepun berakhir.

RANCANGAN MALAYAN UNION

10  Oktober 1945 Rancangan Malayan Union (Rancangan Kesatuan Tanah Melayu) diumumkan secara rasmi di Parlimen British.Malayan Union Digubal dengan tujuan untuk mewujudkan satu sistem politik  dan kerajaan bercorak “Kesatuan”. Kerajaan British berhasrat untuk ubah taraf Negeri‐Negeri Melayu daripada negeri‐negeri yang bernaung kepada tanah jajahan British.
Rancangan Malayan Union merupakan satu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah negara Malaysia kerana ia menghidupkan dan menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu .Ia juga merupakan titik permulaan perpaduan orang‐orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

28 Disember 1945 Ketidakpuasan masyarakat Melayu terhadap Malayan Union. Perhimpunan raksaksa dihadiri oleh 10,000 rakyat Tanah Melayu yang membawa sepanduk anti‐Malayan Union.

11 Mei 1946 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau lebih dikenali sebagai UMNO ditubuhkan dibawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar.

TUJUAN PENUBUHAN UMNO

Tujuan penubuhan UMNO
*      Untuk menyatukan orang‐orang Melayu bagi menentang Malayan Union.
*      Memelihara hak dan kepentingan orang‐orang Melayu dan kedaulatan Raja‐Raja Melayu.
*      Memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 8 Ogos 1946 Kongres India Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan. 7 Disember 1946 Setiausaha Tanah Jajahan British mengumumkan bahawa Malayan Union akan dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Negeri‐ Negeri Melayu.

21 Januari 1948 Malayan Union dibubarkan.UMNO berjaya menggagalkan rancangan Malayan Union.UMNO seterusnya membantu pihak British menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasminya bagi menggantikan Malayan Union.


23 Jun 1948 Darurat diisytiharkan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

27 Februari 1949 MCA (Persatuan Cina Malaya) ditubuhkan.

RANCANGAN BRIGGS

1950 Rancangan Briggs  diperkenalkan. (satu rancangan penempatan semula setinggan yang tinggal di pinggir hutan dengan tujuan untuk memutuskan bekalan makanan kepada pengganas komunis dan melumpuhkan kegiatan mereka).

Januari 1952 Parti Perikatan ditubuhkan. Dianggotai oleh dua buah parti terbesar di Tanah Melayu iaitu UMNO dan MCA. Perikatan dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952.

1955 Parti MIC menyertai Parti Perikatan.
Objektif utama Parti Perikatan ialah menamatkan keadaan darurat, memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan memenangi Pilihan Raya Umum 1955.

PILIHAN RAYA YANG PERTAMA

27 Julai 1955 Pilihanraya Umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu.Parti Perikatan (terdiri daripada Parti UMNO, MCA & MIC) mencapai kemenangan majoriti menang 51 kerusi daripada jumlah 52 buah kerusi yang dipertandingkan.Parti Perikatan membentuk sebuah kerajaan diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Dalam kempen pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan telah mengemukakan satu dasar politik iaitu: kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mesti diperolehi dalam tempoh empat tahun. Namum demikian, dalam tempoh dua tahun Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan!


Januari 1956 Rundingan Kemerdekaan di London. Satu rombongan diwakili oleh pemimpin‐pemimpin Parti Perikatan dan wakil Raja‐Raja Melayu berangkat ke London.Matlamat utama delegasi ialah merundingkan kemerdekaan PTM dengan Kerajaan British.

8 Februari 1956 Perjanjian Merdeka ditandatangani.

Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan syarat:
*      Parti Perikatan tidak akan mengambil alih harta benda atau perniagaan British di Tanah Melayu.
*      Rakyat British hendaklah diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi di PTM.
*      Pangkalan Tentera British di PTM dikekalkan supaya British dapat melindungi negara ini dan menjaga kepentingan mereka di kawasan serantau.

Sebagai persiapan bagi mencapai kemerdekaan,  Persekutuan Tanah Melayu mesti mempunyai sebuah perlembagaan Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan oleh Lord Reid, dilantik untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

20 Februari 1956 Pengisytiharaan tarikh kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di satu perhimpunan raksaksa di Padang Pahlawan Bandar Hilir, Melaka.

Februari 1957 Suruhanjaya Reid mengumumkan laporan atau Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk perbincangan umum.

31 Ogos 1957 Pada jam 12.00 tengah malam, bendera Kerajaan British (“Union Jack”) diturunkan di Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dengan rasminya.

Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Dokumen‐dokumen pengisytiharaan merdeka disampaikan kepada Perdana Menteri PTM Tunku Abdul Rahman Putra oleh wakil Queen Elizabeth, Ratu British.


USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN NEGARA
Pada 27 Julai 1955, pilihan raya umum (pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan) telah diadakan buat kali pertama di Tanah Melayu. perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC di bawah pimpinan Tunku abdul Rahman telah bertangding  di semua 52 kerusi. Parti perikatan memperoleh kejayaan besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Tumku  Abdul Rahman dilantik menjadi ketua menteri Persekutuan tanah Melayu. Beliau telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh 10 orang menteri.

Pada 1 Januari 1956, Tunku abddul rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London. Rundingan ini turut disertai oleh 4 orang wakil Raja melayu iaitu dato' Panglima Bukit Gantang, dato' Nik Ahmed Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan dato' Mohd Seth dan 4 orang wakil perikatan iaitu DR Ismail abdul Rahman, Dato' abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S lee.



Perundingan itu dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu setiusaha tanah jajahan British. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam rundingan itu sebuah suruhan jaya bebas (suruhan jaya Reid) untuk mengkaji perlembagaan telah dibentuk. Pihak British juga memberikan kemerdekaan pada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Delegasi rundingan kemerdekaan kembali ke tanah air pada 20 Februari 1956 dan di sambut dengan meriah di sepanjang jalan iaitu dari lapangan terbang Batu Berendam ke padang bandar hilir, melaka.
Dipadang bandar Hilir, Tunku mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita dihadapan 10 ribu orang.

Pada jam 12 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera union Jack diturunkan di padang kelab Selangor, Kuala Lumpur(Dataran Merdeka) sebagai tanda berakhirnya pemerintahan British ditanah melayu.
Bendera persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat pertam kalinya. Tanah melayu telah diistiharkan  secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tunku abdul Rahman telah menerima dokumen pengisytiharan kemerdekaan daripada wakil ratu elizabeth 11, Duke Of Gloucester. Perkataan  "merdeka" dilaungkan sebanyak 7 kali dan disambut dengan gembira oleh ribuan rakyat yang hadir di stadium tersebut.

PENGUBULAN PERSATUAN TANAH MELAYU 1957
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah digubal oleh suruhan jaya Reid dan diluluskan oleh majlis perundangan persekutuan. Manifesto terpenting kemerdekaan ini ialah ia merupakan sefahaman antara orang melayu dan bukan melayu. antara isi perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957

  • Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk.
  • Sistem politik berasaskan  konsep demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.
  • Sebuah parlimen dibentuk yang dianggotai oleh yang dipertuan agong, dewan negara dan dewan rakyat.
  • Ketrua negara ialah yang dipertuan agong yang dipilih dalam kalangan 9 orang raja melayu.
  • Ketua kerajaan ialah Perdana menteri yang dilantik dalam kalangan ahli dewan negara .
  • 3 jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuatkuasa undang-undang, permohonan dan naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
  • Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan.
  • Agama islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi kebebasan beragam dibenarkan.
  • Tanah simpanan melayu dikekalkan.
  • Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.





9 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih kerana singgah dan baca blog kami...kami harap anda sentiasa menyokong blog kami

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. padu jai blog ni memang banyak bagi info mantull skrt skkrrtt

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyokong..sedikit soalan ingin di tanya kepada anda, siapa jai?

      Delete
  4. Jika Anda melihat skenario saat ini sehubungan dengan hibah untuk ekspansi usaha kecil, pemerintah federal sebenarnya tidak menawarkan hibah langsung. Namun demikian, ada beberapa program oleh pemerintah, di mana hibah untuk kegiatan penelitian dan pengembangan yang mungkin dilakukan oleh usaha kecil disediakan oleh SBA. Kemudian ada hibah tidak langsung dalam bentuk jaminan pinjaman usaha kecil serta pinjaman bersubsidi, di mana Anda mendapatkan pinjaman dengan tingkat bunga yang lebih rendah dari bank karena pemerintah membayar sebagian dari pinjaman Anda. Atau jika Anda gagal membayar pinjaman Anda, pemerintah membayar bank atas nama Anda. Seperti yang Anda lihat, ada banyak peluang untuk pendanaan usaha kecil dan hibah melalui Mr Pedro dan perusahaan pendanaannya. Mereka menawarkan pinjaman pada tingkat 2% yang sangat terjangkau. Sebagai pemilik bisnis pemula, Anda hanya perlu berusaha untuk menemukan yang paling sesuai dengan tujuan bisnis Anda.
    Hubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com / Teks WhatsApp: +1 863 231 0632 untuk pinjaman.
    Semua yang terbaik!

    ReplyDelete